Minggu lalu Zeti sudah berkata tiada keperluan untuk membuat tambahan ringgit, seperti dilaksanakan Malaysia 17 tahun lalu.
Gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata pihaknya masih tiada hasrat untuk beralih kepada keadaan kurang fleksibel dengan menambat ringgit.
“Hakikatnya kita masih menyesuaikannya untuk membolehkan bidang ekonomi lain kita lebih stabil,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur.Walaupun sudah melepasi nilai RM4 untuk satu dolar Amerika Syarikat (AS), Bank Negara masih tidak melihat keperluan untuk menambat ringgit dengan sebarang matawang asing.
Menurut Bloomberg, ringgit pagi ini didagangkan pada RM4.1 untuk sedolar AS.
Ringgit antara mawatang paling terjejas di rantau ini yang dikatakan susulan perubahan harga komoditi, jangkaan kenaikan kadar faedah AS serta ketidaktentuan politik.
0 comments:
Post a Comment