Tema dan gambar logo sempena Hari Kemerdekaan Malaysia tahun 2015 menekankan semangat kejiwaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Tema “Sehati Sejiwa” dipilih menjadi tema utama sempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-58 iaitu pada tahun ini 2015.
Tema #sehatisejiwa telah diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebagai pilihan untuk sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015.
#sehatisejiwa mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada.
Bermula tahun 2015, Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan tidak lagi menggunakan perkataan “ulang tahun” seperti contoh “kali ke-58” tetapi sebaliknya menggunakan tahun iaitu “2015”. Tujuan ini adalah untuk menyeragamkan antara Sarawak, Sabah dan Semenanjung kerana penggabungan Malaysia yang sebenarnya adalah pada 16 September, dan kemerdekaan pada 31 Ogos hanya melibatkan Semenanjung sahaja.
Tema Hari Kemerdekaan 2015 Malaysia
Sehati Sejiwa– Melambangkan perpaduan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Sehati sejiwa juga membawa maksud bersama membantu antara satu sama lain jika sesebuah negeri mengalami malapetaka.
GAMBAR DAN KETERANGAN LOGO HARI KEMERDEKAAN 2015 MALAYSIA
Di bawah ini adalah logo rasmi sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia pada tahun 2015.
Nota Kaki : Marilah kita bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-58 pada tahun ini.
-kisahviral-